Rabu, 12 Oktober 2016

Akademik II

Kebingungan 1?

Kakitangan akademik dan bukan akademik di Insititusi Akademik.

Rasanya lebih baik jika semua kakitangan adalah kakitangan akademik dan hanya dibezakan sebagai
kakitangan akademik pengajaran dan kakitangan akademik bukan pengajaran.

Apakah Implikasinya?

Khamis, 29 September 2016

Akademik?

Memikirkan maksud serta ruanglingkup akademik membawa kepada kebingungan dan 'kepasrahan' disebabkan sifatnya yang terkait secara langsung dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang tertentu berdasarkan perkembangan dan perubahan zaman dan persekitaran yang disebabkan oleh kepelbagaian dalam sifat dan ciri alam dan kerenjaman naluri kemanusiaan...

Lalu, apa itu akademik?

Sekadar satu renungan:

"Akademik secara bahasa berasal dari kata akademi yang bererti Institusi pendidikan tinggi setingkat universiti, institut, atau sekolah tinggi.
Akademik adalah kata sifat yang menunjukkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan berhubungan dengan  ilmu pengetahuan. Sesuatu yang berdasarkan teori-teori yang telah diuji kebenarannya dan bersifat objektif.

Ringkasnya, pengertian akademik adalah kemampuan yang dapat diukur secara pasti karena ilmu pengetahuan itu sendiri bersifat pasti dan dapat diuji kebenarannya. Ukurannya bisa berupa nilai ataupun yang seringkali disebut dengan prestasi akademik.

Dipetik di SINI: Pengertian Menurut Para Ahli

Di mana 'Bingungnya'?
dan
Di mana 'Pasrahnya'?

Khamis, 1 September 2016

MSM

Terusik oleh keterujaan dan semangat 'BARU'?


Rabu, 27 Julai 2016

HARI RAYA !!

Kiranya belum terlewat untuk suatu ucapan, tanda ingatan:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Lahir dan Bathin !
(22 Syawal 1437)

untuk semua dan sesiapa jua.

Jumaat, 13 Mei 2016

Perubahan

Adakah dunia ini berubah atau manusia itu yang berubah?
Ataukah ada unsur lain yang berubah dan akhirnya merubah banyak perkara yang lain.
dan andainya tiada perubahan, apakah sebenarnya yang telah berlaku?

Isnin, 25 April 2016

Tersirat?

Pelbagai maksud dapat ditemui, antaranya ialah terkandung atau yang tersembunyi di dalam sesuatu. Ciri tersebut menyumbang kepada perbezaan 'maksud' (pengertian) di antara sesama manusia disebabkan latarbelakang yang pelbagai. Kepelbagaian ini seterusnya akan menyumbang kepada tindakan (aksi) yang berbeza dan akhirnya akan menghasilkan 'kesan' yang berbeza?

Disebabkan itu, rasanya penting untuk mencari 'tersirat' bagi membentuk satu 'makna yang serupa' terutamanya oleh sekelompok individu yang hidup dalam sesuatu masyarakat?

Contohnya istilah 'Lidah Bercabang"? berapa banyak makna yang 'tersirat' dari konsep (peribahasa) tersebut?

Jumaat, 22 April 2016

Mencari Makna

Terkadang yang tersirat bukanlah apa yang tersurat. Namun apakah bedanya?