Ahad, 21 April 2024

SYaWaL aPRiL

 Meski sibuk dengan raya, petang hari masih berkesempatan untuk mengeluarkan peluh.

Semakin hangat

terkadang ramai dan terkadang kurang ramai, apa pun keadaan teruskan memukul.


Isnin, 15 April 2024

Do iT

 Perubahan akan mungkin berlaku bila manusia melakukan TINDAKAN (ACTION). Sebelum bertindak, manusia pada umumnya akan memasang NIAT untuk melakukan sesuatu tindakan dan adakalanya niat ini akan terzahir melalui HEBAHAN yang biasanya akan dilakukan melalui SUARA. Sehubungan dengan itu, untuk melihat suatu perubahan ketiga-tiga peringkat ini penting.

Road to Sea

Namun sejak meledaknya zaman SOSMED (media sosial) ini, kelihatan banyak idea dan suara hanya tinggal menjadi tatapan kerana manusia telah LUPA untuk melakukan TINDAKAN.


Sabtu, 13 April 2024

SYaWaL 1445H

 Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat yang diberikan olehNya. Sebulan berpuasa dengan kiraan 29 akhirnya ramadhon berakhir dan Syawal menjelma. Lalu sambutan dengan sederhana bersama keluarga tanpa teman-teman.

@Masjid UMS

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
minal aidil wal faizin.
Maaf zahir dan batin

Sabtu, 6 April 2024

STRuGGLe - JuaNG

Setahun hampir berlalu setelah bersetuju untuk berkolaborasi sebagai satu usaha menyokong perjuangan kesatuan sekerja di Malaysia. Fasa demi fasa telah berlalu dan akhirnya akan berhasil merakamkan kisah perjuangan sekumpulan pekerja dalam berkesatuan.

dan kami lebih memahami akan maksud suatu perjuangan, lalu terhasil nya kenyataan berikut:

Akhir Ramadhon 1445H

Sepanjang zaman, pekerja telah berjuang untuk kehidupan yang lebih baik dan berkorban demi satu matlamat. Kesusahan dan kesengsaraan membentuk solidariti di kalangan mereka dan menjadi kuasa bagi mengimbangi keserakahan pemodal. 

Kegelisahan demi kegelisahan hingga hari ini kesenangan telah dirasai, berjuang dengan kesenangan tanpa kesakitan, lalu selesa mendasari kehidupan.

Semoga 100 tahun ke depan, pekerja tidak merasa selesa kerana pastinya cabaran akan tetap datang kerana 'class struggle' akan selalu ada.

Perjuangan tanpa pengorbanan adalah gurauan, 
dan berkorban tanpa perjuangan adalah permainan,
oleh itu, saat engkau sedang berjuang, maka lakukanlah pengorbanan,
dan saat engkau siap berkorban, lakukanlah dengan perjuangan.

MARI MEMBACA:

Sila klik : ENHANCING TRADE UNION LEADERSHIP: LESSON FROM THE PAST-EXPERIENCE

Aku jadi terkejut.

Isnin, 18 Mac 2024

FeLo@C4D Unit

 Selepas berbulan-bulan menyertai ToT iaitu tepatnya pada 28-29 November 2023, kini tiba masanya untuk melangkah ke depan. Terima kasih atas perlantikan sebagai sebahagian dari Felo bagi Unit Communication for Development suatu kerjasama antara UNICEF dan UMS.

2024-2025

Bersama yang lain, akan berusaha untuk belajar dan menyumbangkan sesuatu.

Lagi berita dan gambar : https://www.facebook.com/photo/?fbid=959947112544803&set=pcb.959947639211417

Jumaat, 15 Mac 2024

05.03.2007

 Namun sehingga ke hari ini, masih banyak persoalan dan permasalahan yang memerlukan penjelasan seperti teka-teki.  Sempena ulangtahun ke -17, banyak telah dilalui di sini dan semuanya memberi rasa.

Matahari tetap sama

2007: Mendaftar Jawatan

2009: Disahkan dalam Jawatan

2011: Pengajian Lanjutan

2021: Dinaikkan Pangkat

2024: Aku masih di sini

Semoga terus dapat belajar, membaca dan menulis tanpa perlu dipaksa-paksa

and 10 advised from:


Alhamdulillah

Selasa, 12 Mac 2024

ReTReaT FaKuLTi

 Menilai masa lalu dan meramal masa depan dengan aktiviti pembinaan kumpulan. Kepelbagaian rasa dan tingkah laku menjadikan manusia itu dinamik sifanya dan saling melengkapi. Menjelang 30 tahun kewujudannya, FSSK terus dengan bidang dan peranannya ke arah mendunia.

6-7 Mac 2024, Berringis Beach Resort, Papar

maklumat lanjut; sila layari laman web FSSK UMS

https://www.ums.edu.my/fssk/index.php/about/the-faculty-of-social-sciences-and-humanities

Isnin, 11 Mac 2024

RaMaDHoN 1445 H

 Masa berlalu dan bulan ramadhon tiba lagi. Alhamdulillah atas nikmatNya dan semoga diberi kekuatan untuk meningkatkan amalan dan terus istiqamah

Senja di Sini


Ahlan Wahsahlan ya Ramadhon.

Sabtu, 10 Februari 2024

CNY 2024

 Hadirnya di saat minggu peperiksaan telah sampai ke penghujungnya dan kegiatan membaca harus diteruskan.

10 km di pagi hari

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan kepada semua

Jumaat, 26 Januari 2024

KeTUMS & Co

 Almost everyday, after office hour, we spend together to get the touch and fell of  Tennis. Let's see the progress by watching the video:


It's begin with Sukan Staff UMS 2023 and to maintain the spirit and to encourage our talented student to actively get the games inside.

Go KeTUMS & Co.

For more info, please log on to our FB

https://www.facebook.com/people/UMS-TENNiS/100089179932847/?mibextid=ZbWKwL

This is KeTUMS & Co

UMS SPORT COMPLEX


Isnin, 1 Januari 2024

TaHuN BaHaRu 2024

  Alhamdulillah, 

berlalunya 2023 dengan pelbagai kisah yang tiap satunya adalah cerita yang telah tertulis. Kita sebagai manusia hanya melaluinya dengan pelbagai rasa.

Ada suka, ada duka seiring dengan pusingan malam dan siang dan bersamanya juga kenangan demi kenangan tercipta.

01.01.2024

Terima kasih pada semua atas kerjasama dan keprihatinan dan semoga masa depan akan terus membahagiakan.