Khamis, 24 Ogos 2017

Universiti?

Universiti fokusnya adalah 'ilmu pengetahuan'. Oleh itu,
sewajarnya kegiatan keilmuan haruslah dititikberatkan.

Ilmu itu dikembangkan dengan penyelidikan dan penerokaan
pelbagai perkara berdasarkan teori-teori sedia ada.

Dengan itu, diwujudkan tahap perbezaan 'sarjana muda', 'sarjana' dan
'doktor falsafah'.

Matlamat ini membolehkan manusia-manusia yang berkelayakan selepas
sekolah menengah untuk sama-sama memajukan ilmu tersebut tanpa
memikirkan keperlbagaian sifat kemanusiaan untuk mendapatkan
ijazah.

Sepanjang penglibatan dalam keilmuan maka kepelbagaian tersebut akan
saling melengkapi ada yang periang, ada yang pemalu, ada yang nakal, ada
yang memimpin dan banyak lagi.

dan ini bukanlah semata-mata dalam kursus yang formal sahaja tetapi
kehidupan seharian; di dalam dan di luar kampus berdasarkan pilihan
individu.

Kesimpulannya, universiti istimewa kerana ilmu pengetahuan.

Selasa, 22 Ogos 2017

SEmpadan, BAngsa, patrioTIK?

Barangkali itulah yang tersirat di sana:

Sebatik: Pulau dua negara.

Kehidupan di sana serupa dengan di sini, namun terdapat
beberapa perbedaan merangkumi pergerakan manusia, barang dan
semangat kebangsaan?

penat.
(Ogos, 12-20 2017)

Jumaat, 11 Ogos 2017

Makanan d'Ceruk?

10 hari yang sudah (1 ogos 2017)
suatu peristiwa telah berlaku.

ceritanya begini

Kami sepakat menjemput anda
untuk hadir jiwa dan raga
jamuan silaturrahim diberi nama
makanan dan kepelbagaian menjadi tema.


Makanan dihidang pelbagai rasa
minuman pula kurang perasa
ada ayam, daging dan burasa'
dimakan bersama rasa gembira

Bacaan Yassin pembuka acara
doa selamat turut dipinta
tua dan muda pun turut serta
bersama menyatu di alam maya

Seawal pagi tetamu pun tiba
dengan wajah penuh ceria
duduk bersimpuh penuh seloka
dengan pakaian cukup bergaya


Pagi ke petang semua ada
datang dan pergi selagi ada
maaf dan kasih kami meminta
tahun depan semoga ada.

d'Ceruk Pemikir :
Din,Pie,Ramli,Dir

Khamis, 10 Ogos 2017

TeamWork

Budaya kerja berpasukan.













Pasukan berjaya kerana KERJASAMA
dalam kerjasama perlukah PERSAINGAN?
Andai ada persaingan, bukanlah untuk KELEBIHAN
kerana pasukan harus MENYATU.

Rabu, 2 Ogos 2017

uBaT?!

Ngantuk ubatnya tidur,
lapar ubatnya makan,
haus ubatnya minum,
sakit ubatnya ubat,
letih ubatnya rehat,
dan lain-lain..

tapi apakah ubatnya bila tiada idea?
cari idea
curi idea
pinjam idea
kongsi idea
minta idea
beli idea

oh, idea ini macam-macam boleh jadi.