Isnin, 31 Julai 2017

"Kajian kerusi-lengan"

Menganalisis dan mentafsir bahan-bahan bercetak
untuk mencari satu jawapan,
itulah
"ARMCHAIR RESEARCH"

berapa banyak yang terlalu banyak?

Khamis, 27 Julai 2017

TeRSeKaT?

Mencari puncanya dan tanpa disedari sudah sekian lama
di situ.
Semakin dikaji semakin kusut?

Perjalanan perlu diteruskan kerana destinasi semakin dekat.

Terus Maju!

Selasa, 25 Julai 2017

Masa LaPanG ?

Cuba menilai di kala ini:
adakah manusia yang mempunyai masa lapang?
sebab sering terdengar:
 "sedangkan penganggur pun, sibuk!

barangkali yang lebih tepat:
melapangkan masa?

Rabu, 19 Julai 2017

Jamuan Raya?

yang pastinya; aktiviti ini bukan sekadar makanan, malahan lebih dari itu;
jamuan itu terselit persaudaraan, komitmen, persahabatan, kekitaan
dan sesuatu yang seumpamanya.

Di samping bersyukur dengan nikmat kenyang, jamuan itu lambang
perpaduan.

teruskan menjamu?

Ahad, 16 Julai 2017

Menaip dan Daya Fikir?

Persoalannya:
Adakah bilangan jari yang digunakan ketika menaip akan mempengaruhi
otak seseorang?

Menaip 2 jari dan menaip 10 jari akan menghasilkan kualiti pekerjaan yang berbeza?

atau kah menulis menggunakan 'pena' lebih baik?

# Memerhatikan kepada nilai pemikiran semakin berkurangan jika dibandingkan pada zaman dahulu:

ketika penulisan hanya secara manual dan begitu juga semasa menggunakan 'mesin taip', banyak
tulisan besar dan teori-teori besar ditemukan.

kemudian muncul 'papan kekunci': ?
kemudian muncul 'telefon pintar' yang lebih kepada dua jari: ?

2 jari lebih pantas dari 10 jari
Tangan, dexterity dan OTak

perlu kajian lanjut?

Sabtu, 8 Julai 2017

'Seebook', 'Men'yeebook', Di'seebook'kan?

dilemma seorang pekerja.

SIBUK:
Banyak yang perlu dibereskan!
MENYIBUK:
Banyak yang mahu diperhatikan!
DISIBUKKAN:
Banyak yang disuruh untuk dibereskan!

Di manakah keutamaannya?

Isnin, 3 Julai 2017

Salam Aidil Fitri 1438 Hijriah

Semoga Lebaran ini Berbahagia Selalu
Maaf Zahir dan Batin ku pinta
dari semua
di mana pun berada.