Menurut penulis (Yacob, et.al, 2016):
" "Bidang digitalisasi sejarah(Roy Rosenzweig Center for History and New Media) merupakan “satupendekatan untuk menyelidik dan mewakili masa lalu dengan mengeksploitasi teknologi komunikasi yang baru seperti komputer dan web.Ia menerima pakai ciri-ciri penting daripada persekitaran digital contohnya pangkalan data, hypertextualisation dan jaringan bagi mewujudkan serta berkongsi maklumat sejarah.”
Pendigitalan sejarah bukan semata-mata melibatkan proses mendigitalkan bahan sejarah seperti sumber primer, suratkhabar lama, mengumpul data dan maklumat sejarah, tetapi ia melibatkan proses yang jauh lebih menarik iaitu memperkenalkan satu kaedah baru bagi mempersembahkan data sejarah.
Proses tersebut selain melibatkan cara seorang sejarawan menggunakan visual dan berinteraksi dengan data yang sedia ada. Disamping itu, penggunaan data tersebut adalah untuk menjelaskan sesuatu fenomena sejarah. Selain itu, proses ini juga dapat
menunjukkan cara para sejarawan melengkapi pedagogi mereka dengan mengeksploitasi potensi teknologi sepenuhnya (Van Ruyskensvelde, 2014, 862).
Penggunaan teknologi semata-mata tanpa pedagogi yang berkesan tidak akan berjaya. Teknologi juga menjadi saluran penting bagi guru berkomunikasi dengan pelajar dengan lebih baik (Roblyer, 2006: v).
Mengikut Roblyer lagi, “It can make good teaching even better, but it cannot make bad teaching good”.
Bacaan lanjut KLIK SINI