Jumaat, 22 Mei 2020

aLaM MaYa @ PKP 2020

- Hari 66 PKP : 29 Ramadhan-

Kali terakhir menulis pada awal mei 
dan kini ramadhan hampir ke hujungnya
lalu timbullah persoalan
apakah jadinya dengan PKP ini...

perintah berkurung 
atau perintah pergerakan
namun apakah bezanya
kerana semuanya tentang kawalan

dan sepanjang tempoh itu
aku menilai semula WFH
dengan sekali lock in
kehadiran menjadi saksi

ini kerja yang telah dilakukan


  1. Mesyuarat Jawatankuasa
  2. Mesyuarat Fakulti
  3. Menghadiri Seminar Web
  4. Menghadiri Ceramah Web
  5. Menghasilkan video kenangan
  6. Menghasilkan video pembelajaran
  7. Mengadakan beberap Kuliah Kursus AH10203
  8. Mengadakan beberapa kuliah kursus AH32403
  9. Pembentangan Proposal Inovasi Covid 19
  10. Melakukan pembetulan tesis
  11. dan lain lain

kerana semua ini hanya dengan sebuah laptop dan talian internet
RM1 unlimited sehari

Selamat Berpuasa

Ahad, 3 Mei 2020

BoHeY DuLaNG

-HARI 47 PKP : 10 Ramadhan-

Indah dan mempersona
hijau dasar laut
air biru tanpa ombak
dan pendakian mesra
oh indahnya ciptaanNya


Buat kesekian kalinya
cuba untuk memahami
erti suatu pembangunan
bagi masyarakat yang unik
antara air dan daratan
di mana letaknya KEMAJUAN?

terima kasih
untuk peluang ini..

Jumaat, 1 Mei 2020

MaY DaY 2020

-Hari 45 PKP: 8 Ramadhan-

Hari ini hari buruh
hari pekerja
hari tenaga kerja
hari sumber manusia
hari modal insan

dan sempena PKP satu yang nampak jelas...
dunia sedang maju ke belakang
jika dahulu manusia bekerja di rumah
kemudian berpindah ke perusahaan
kini manusia kembali kerja di rumah

Revolusi Industri Pertama
















Tentang Hari Buruh telah kuceritakan
DI SINI