Isnin, 25 April 2022

MeNJeLaNG aiDiL FiTRi

 Alhamdulillah, tanpa banyak halangan, puasa telah sampai hari ke-23. Lebih kurang seminggu lagi, hari raya akan menjelma dan ini tentunya memberi rasa bahagia kepada ramai orang. Namun begitu, pelbagai isu telah berlaku di pelbagai peringkat dan satu yang memberi kesan ialah berkaitan kenaikan harga barang. Isu ini bukan baharu dan pelbagai langkah telah diambil untuk menilai permasalahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, rasa terpanggil untuk menulis berkaitan ini dengan mempersoalkan hubungan gaji dan harga barang. Jika kenaikan gaji diberikan dan kenaikan harga barang terus menjadi, lalu di manakah kuasa beli? bagi memahami cabaran ini, telah terjumpa perbincangan yang melibatkan beberapa aktor dalam hubungan industri dan pendapat dari ahli akademik dan NGO. Mari saksikan perbincangan mereka


lalu kucuba untuk menimbulkan persoalan antara kenaikan upah dan kenaikan harga barang. Apa pilihan anda? nantikan perincian sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2022.


Selasa, 5 April 2022

RaMaDHoN KiNi

 Alhamdulillah, setelah 2 tahun dalam PKP, tahun ini kita diberi kesempatan untuk menyambut ramadhon seperti sediakala.

Maghrib

Semoga terus diberikan kesihatan dan keberkahan dalam setiap amalan