Khamis, 30 Jun 2022

LaSaK @ SeMPaDaN

 Kajian di perbatasan diteruskan dan kali ini melalui ekspedisi merentasi laluan berlumpur yang merupakan bekas laluan suatu masa dahulu. Matlamat utama adalah untuk mendapatkan perasaan sebenar sebelum laluan ini berubah di masa depan.


Sehari di perbatasan

Berdasarkan itu, suatu penulisan bakal disempurnakan dengan memfokuskan kepada "Nota dari lapangan".


Jumaat, 3 Jun 2022

KaaMatan dan Gawai 2022

 Selamat merayakan pesta menuai, semoga hasil tuaian bertambah-tambah dan terus mencapai kemakmuran.

Di hujung Negeri, 28.5.2022

Memahami sejarah dan kisah di sebalik sambutan ini, menurut Penulis (2014):
"Magavau" merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi kaum Kadazan Dusun dan
Murut sejak zaman berzaman. Upacara
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas
selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang
dirayakan saban tahun ini sebenarnya
diluluskan oleh MajIis Undangan Kerajaan
Koloni sebagai cuti umum Sabah semenjak
tahUn 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad
Fuad Stephens iaitu Ketua Menteri Sabah
yang pertama. Menurut kepercayaan
perayaan seumpama ini wajar diteruskan
kerana mereka percaya bahawa rezeki yang
akan datang bertambah baik dan lumayan.

Sumber: Zaiton Mohammad (2014) Pesta Kaamatan Penuh Keunikan. Utusan Borneo, 28 Mei. http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9126/1/nc0000004203.pdf

dan seminggu yang lepas penat dengan aktiviti di perbatasan...nantikan.