Isnin, 28 November 2022

CuTi

 Menikmati hadiah dari pemerintah...cuti sehari kerana kejayaan PRU 15. Semoga terus produktif dan membahagiakan rakyat marhaen.

Sebelum itu, sempat bersama kayuhan santai..

Lagi aksi :https://www.facebook.com/UMS.official/photos/pcb.5612726428805128/5612714468806324/

Cubaan mengayuh untuk melengkapkan 20 km dalam tempoh 1 jam.




Sabtu, 26 November 2022

WHaT NeXT?

 Perubahan itu menuntut penyesuaian, hubungan ini menjadikan sesuatu itu bersifat dinamik dan berkembang sesuai dengan persekitaran.

Dalam pencarian itu, usaha memahami apa dan bagaimananakah akademik dan intelektual serta persoalan berkaitan dengannya mempengaruhi kewujudan institusi. Lalu terjumpa dengan tiga konteks bacaan berikut:

Beberapa fakta yang memberi kesan.

"Academics are farmers. They have fields, and they cultivate their fields well. Intellectuals are hunters. An intellectual does not have a field but a quarry which he pursues across as many fields as necessary, often losing sight of it altogether. Hunters cannot replace farmers, or vice versa; but if liberal learning in America, hitherto mostly a farm culture, becomes progressively a hunt culture, there will surely be consequences. By the standards of farmers, what hunters do seems reckless and undisciplined, but hunting has its own interior logic, the logic of an agenda that is individually rather than collectively determined." (Miles, 1997)

Berkenaan kemahiran intelektual, antara persoalan yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut (Donald, 1985: 54):

What can be done to provide students with the necessary intellectual skills within the framework of their regular programs, where the learning of these skills is most likely to be effective? The ability to make inferences, which appears to be a prominent intellectual skill, is most likely to be developed in a subject matter area where the student has spent a considerable amount of time (Piaget, 1972). 

This suggests that intellectual skills are to some extent dependent upon knowledge of a particular discipline. It then follows that courses offered in a discipline are the best place to promote these skills. If the discipline is the optimum place for intellectual skill learning, it is important to study how different disciplines have viewed intellectual skills. It is also important to consider how and to what extent the skills can be taught. 
The purpose of this paper is, therefore, to review different approaches to intellectual skills and to determine if and in what manner these skills can be taught."

dan terakhir adalah pengalaman dari Tynan (2020):

"It would be really nice in 10 years’ time to think that we have a professionalized academic workforce that understands the science of learning and sees that as important."




dengan itu, menjadi intelektual itu mulanya dari akademik atau bagaimana?

Rabu, 23 November 2022

PRU 15

 19 November 2022 telah berlalu 4 hari yang sudah, namun sehingga kini Malaysia masih belum memiliki barisan kabinet seperti kebiasaan PRU sebelum ini. Lumrahnya terjadi terdapat sebuah parti yang mempunyai majoriti yang memadai bagi dilantik sebagai pemerintah dan selebihnya adalah pembangkang. Namun di kala ini, kebiasaan itu tidak terjadi, sebaliknya rundingan kerjasama masih berjalan dengan media sosial menjadi saksi. 4 teraju utama gabungan parti politik saling tarik menarik dengan andaian dan syarat masing-masing di kala DUN Perak telah berjaya dengan gabungan BN dan PH.

Sehubungan dengan itu, demokrasi berpelembagaan dengan kuasa diberikan kepada Yang Dipertuan Agong menjadi penentu kepada kerjasama ini. Semoga kerajaan baharu akan dapat meneruskan fungsinya demi kemakmuran negara yang akan menjamin kesejahteraan warganya.

Tengahari yang lengang 

Bersama menuju kematangan politik, mungkin asasnya sebelum ini...

Retak menunggu Belah atau ada penjelasan yang lain.


Jumaat, 18 November 2022

eMPaT PuLuH LiMa

 Alhamdulillah, harinya datang lagi dan peluang untuk menikmati suka duka hidup di dunia. Istimewa tahun ini, hari dan tarikh yang sama, ditambah lagi dengan semangat PRU 15.

Jumaat, 1977

Terima kasih atas ucapan dari semua dan selamat memilih...





Sabtu, 12 November 2022

MeNeRiMa KuNJuNGaN

 Di awal bulan November, di saat bahang kempen PRU sedang rancak, kami menerima dari Institut Agama Islam Negeri, Palopo, Sulawesi Selatan.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan dan ucapan dari wakil kedua belah pihak. Majlis kemudian diteruskan dengan perbincangan berkaitan halatuju kerjasama yang akan diadakan pada masa depan.

Sesudah Perbincangan


Semoga memberi manfaat untuk semua.

Selamat Bekerja.