Buat kali ke-3 untuk program yang sama dengan objektif yang sama dan pada bulan yang sama namun dengan pelajar yang berbeza. itu semua seminggu yang lalu, 7-9 JUN 2024.
Perancangan yang diawalkan disebabkan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada minggu seterusnya (iaitu esok) dan selepas seminggu kenangan masih mekar dan hasilnya AJK Publisiti datang dengan video mereka.
kalimat laungan pada kali ini adalah 'KEMBALIKAN SFI" setelah dari tahun ke tahun seakan mustahil untuk menyelamatkannya atas faktor "build in" dan aspek keselamatan.
Selain itu, aktiviti sesama mahasiswa dalam konteks luar kampus menjelmakan suasana yang baharu dan pelbagai.
Semoga sesuatu dapat dilakukan termasuklah idea untuk menjadikan kisah SFI sebagai asas kepada MUSEUM PEKERJAAN.