Khamis, 20 Mac 2025

SeM 2 2425

 Kami bermula dengan sederhana dengan semuanya berada dalam mode "dalam talian", penat belum usai, kitaran baharu bermula lagi. Dalam suasana ramadhan, semua proses berjalan lancar.

Semester ini masih lagi dengan 2 kursus dan pada masa dan hari yang sama, selasa dan khamis.

selamat datang kepada semua.


Jumaat, 14 Mac 2025

MaKaN & iFTaR

 Ahlan wahsalan ya Ramadhan, 

Alhamdulillah, today is 13th of Ramadhon for this year and we still given an opportunity to perform our duty as a human being.

last Sunday, we are celebrating our ramadhon with some effort for gathering and iftar together in our workplace.


being appointed as an announcer of the day, perform with few songs and mingled around the cooking stations. 
9.3.2025, 8 Ramadhon


Alhamdulillah.


 

Jumaat, 7 Mac 2025

LaNJuT

 Minggu yang agak tenang setelah satu lagi kitaran semester tiba ke penghujungnya. Situasi ini memberi ruang untuk kembali fokus kepada penulisan dan perancangan persidangan dan hari ini perkongsian foto menjadi fokus.

Naik 
sinaran itu memberi harapan dan pelbagai kenangan.


Rabu, 5 Mac 2025

HaRi iNi

 Tepatnya 18 tahun yang lepas, pada tarikh ini kumulakan kerjaya di sini sebagai Pensyarah Muda, berbekalkan sedikit kemahiran dan sedikit pengalaman, dan juga pelbagai idea yang terlintas sejak itu. 


26.8.2024- AJL
Perjalanan hingga ke hari ini penuh dengan pelbagai kenangan dan pengajaran untuk meneruskan langkah.

Usaha tangga kejayaan.
Masih cuba memahami pelbagai jenis makna termasuklah peranan seorang akademik dan peranan universiti. dan hari ini terjumpa siaran berikut:

membaca itu membantu untuk berfikir



Selasa, 4 Mac 2025

MaJLiS aPReSiaSi 2024

 Acara tahunan ini datang lagi dan ianya diraikan di saat menjelangnya bulan Ramadhan al mubarak.

Senyuman, makanan dan Kenangan

Kami pun hadir, dan setelah pengumuman didengari yang tarikh permulaan puasa adalah pada 2.3.2025, acara bermula dengan ucapan seterusnya persembahan nyanyian dan diselang seli dengan cabutan bertuah.

Perjalanan ke lokasi agak mencemaskan disebabkan minggu ini adalah minggu yang agak membebankan disebabkan tuntutan di akhir semester. Membaca dan menilai setelah satu semester beraksi. Majlis dijangka bermula agak lewat. 

kupilih jalan lama memandangkan situasi jammed di petang hari. sampai sebelum pukul 8 malam dan terus menuju ke ruangan bergambar.