Selasa, 4 Mac 2025

MaJLiS aPReSiaSi 2024

 Acara tahunan ini datang lagi dan ianya diraikan di saat menjelangnya bulan Ramadhan al mubarak.

Senyuman, makanan dan Kenangan

Kami pun hadir, dan setelah pengumuman didengari yang tarikh permulaan puasa adalah pada 2.3.2025, acara bermula dengan ucapan seterusnya persembahan nyanyian dan diselang seli dengan cabutan bertuah.

Perjalanan ke lokasi agak mencemaskan disebabkan minggu ini adalah minggu yang agak membebankan disebabkan tuntutan di akhir semester. Membaca dan menilai setelah satu semester beraksi. Majlis dijangka bermula agak lewat. 

kupilih jalan lama memandangkan situasi jammed di petang hari. sampai sebelum pukul 8 malam dan terus menuju ke ruangan bergambar.


Jumaat, 28 Februari 2025

e-SuKaN

 Meski dalam suasana yang penuh dengan komitmen kitaran akhir semester, persekitaran menentukan adanya Temasya Sukan Tahunan bagi Fakulti Gugusan Sastera. Juga dikenali dengan singkatan SUK-ARTS 2025. Maka bermulalah persiapan yang ala kadar dengan menentukan cara kejohanan dan akhirnya hanya 4 pasukan mengambil bahagian.

Liga Bolasepak

Semua itu pada 2 hari yang sudah, 26.2.2025 dan kemeriahan berterusan dengan keputusan kepada FPPS, PPIB, FSSK dan ASTiF.

Pemain dan Pemain
Jumpa lagi di kejohanan seterusnya.

[18:48, 2/26/2025] 
 AR: Salam semua rakan2 yang sangat dikasihi, saya mewakili pihak kedekanan mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas komitmen semua rakan2 AJK dan semua peserta yang menjayakan acara e sports SUKARTS 2025. Tanpa komitmen semua mana mungkin kita mampu melakukan semua perkara dengan jayanya.. moga apa yang kita aturkan ini menjadi asbab untuk kita terus mesra dan berkasih sayang sbgi satu keluarga besar D'Arts..Terima kasih semua, Selamat menyambut Bulan Ramadhan bg rakan2 yang menyambutnya❣️❣️❣️


[08:21, 2/27/2025] Seseorang: 
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan bagi menganjurkan e-sport pada temasya kali ini. Rasanya aktiviti ini akan diteruskan sepanjang musim bagi mengekalkan momentum yang telah terbina. Stadium FSSK akan diperkasa dan dipertingkatkan. Terima kasih 🤲👏⚽


Rabu, 1 Januari 2025

DuaKoSoNG DuaLiMa

 Tahun baru datang lagi dan berlalunya tahun 2024. Saat untuk menilai dan meneruskan perjalanan menuju ke depan.

Pagi di Sini

Masa akan berlalu meninggalkan jejak untuk kita menuju ke hari depan. Selamat tahun baru !


Khamis, 19 Disember 2024

CoGUMS 24 - TeNNiS oPeN

 After many discussions and last minutes adjustment, we manage to organize the tournament as schedule.

More :
UMS meet attracts internatiol participants | Daily Express Malaysia - Sabah's Leading News Portal

and more photo and video: TikTok - Make Your Day and Facebook

Thank you and let's keep play.

release soon


Jumaat, 6 Disember 2024

HaDiR 4.12.2024

 Perkongsian kajian diteruskan hanya selepas berbulan-bulan idea dibentangkan di peringkat kebangsaan berkaitan Sejarah dan Perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd di bawah anjuran Jabatan "Internal Affair and Employee Relations" atas iniasitif menganjurkan Seminar dan forum berkaitan kerjasama tiga pihak atau TRIPARTITE. 

Harmoni

Kesempatan untuk berkongsi sekali lagi berkaitan perkembangan perburuhan di Malaysia sejak seratus tahun yang sudah (1924-2024). Apa yang mampu kulakukan ialah melanjutkan idea yang telah dibentangkan pada hari pekerja tahun ini di hadapan ramai.

2.5.2024
Idea penyatuan ini diikat dengan cita-cita bagi MENUBUHKAN MUSEUM PEKERJAAN bersempena kisah dan pengorbanan rakan-rakan pekerja di SFI.

Kisah dan coretan dahulu: Tindakan KolektiF: MUSEUM PEKERJAAN

Selasa, 3 Disember 2024

30.11.2024- aLuMNi

 Alhamdulillah, majlis yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dalam suasana sejuk disebabkan siang yang hujan melanda Kota Kinabalu. Pelbagai perancangan dan persiapan akhirnya dapat disajikan buat sekalian warga yang hadir .

Terima Kasih Semua

Kenangan menyatukan kita.


Terus berhubung (stay connected!)





Isnin, 18 November 2024

eMPaT TuJuH

 Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan kesempatan dariNya.

Keletihan dengan pelbagai aktiviti sejak seminggu yang lalu membawa kaki ini melangkah ke mana-mana. Isnin datang dengan caranya, lalu ucapan pun hadir beserta doa. Kelaziman dunia di media sosial.

Suatu masa dulu 

Semoga kita semua terus bahagia dan selalu membahagiakan