Selasa, 7 Mei 2024

BeFoRe THe eVeNT

 Alhamdulillah once again, years back in 2023 when our team successfully received the grant for publications also with JHEKS in collaboration with union.

May 2023 - May 2024

Last night, the celebration ceremony of the book; Sabah Hotel, Resort and Restaurant Employee Union- SHRREU publish a book with the focus on Industrial Relations Climate  in Sabah. The focus on National Trade Union .

Representative of Union and Writers

Thanks to all who are helped us especially the grass root who entertain us during the data collection back in December last year.


Ahad, 5 Mei 2024

WHaT NeXT?

 Alhamdulillah, seminar yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai kisah suka dan duka.

Selaku Pengerusi Penganjur, saya secara peribadi dan mewakili kesemua pihak yang telah bekerja bersama ingin merakamkan penghargaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan niat suci murni ini. Penutup kepada seminar adalah Majlis Penyerahan Resolusi 100 tahun Kesatuan Sekerja di Malaysia.

2.5.2024 bermulanya PEKERJAAN sebenar

Kesimpulan:
Bermula dengan slot 1 oleh kami barisan penyelidik yang cuba untuk merangsan hadirin yang hadir, kemudian diikuti oleh slot ke-2 berkaitan kisah sebenar perjuangan , lalu disusuli dengan slot ke-3 sesi sumbang saran dan akhinya slot ke-4 analisis dari sudut akademik.

Kesemua ini menghasilkan satu RESOLUSI yang BERUPA TINDAKAN yang kusimpukan kepada nisbah 3:2:3:1 iaitu:

Maklumat lanjut sila baca pelbagai kajian kami

3: KOMITMEN KOLEKTIF KAMI
2: KEMBALIKAN SOLIDARITI
3: BERSATULAH, KERJA KUAT, MARI MEMBACA
1: MUSEUM PEKERJAAN

Gerakan ini akan kugerakkan , di mana hujungnya? kita jumpa 1 Mei 2025?

Pekerja KESUMA Bangsa



Ahad, 21 April 2024

SYaWaL aPRiL

 Meski sibuk dengan raya, petang hari masih berkesempatan untuk mengeluarkan peluh.

Semakin hangat

terkadang ramai dan terkadang kurang ramai, apa pun keadaan teruskan memukul.


Isnin, 15 April 2024

Do iT

 Perubahan akan mungkin berlaku bila manusia melakukan TINDAKAN (ACTION). Sebelum bertindak, manusia pada umumnya akan memasang NIAT untuk melakukan sesuatu tindakan dan adakalanya niat ini akan terzahir melalui HEBAHAN yang biasanya akan dilakukan melalui SUARA. Sehubungan dengan itu, untuk melihat suatu perubahan ketiga-tiga peringkat ini penting.

Road to Sea

Namun sejak meledaknya zaman SOSMED (media sosial) ini, kelihatan banyak idea dan suara hanya tinggal menjadi tatapan kerana manusia telah LUPA untuk melakukan TINDAKAN.


Sabtu, 13 April 2024

SYaWaL 1445H

 Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat yang diberikan olehNya. Sebulan berpuasa dengan kiraan 29 akhirnya ramadhon berakhir dan Syawal menjelma. Lalu sambutan dengan sederhana bersama keluarga tanpa teman-teman.

@Masjid UMS

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
minal aidil wal faizin.
Maaf zahir dan batin

Sabtu, 6 April 2024

STRuGGLe - JuaNG

Setahun hampir berlalu setelah bersetuju untuk berkolaborasi sebagai satu usaha menyokong perjuangan kesatuan sekerja di Malaysia. Fasa demi fasa telah berlalu dan akhirnya akan berhasil merakamkan kisah perjuangan sekumpulan pekerja dalam berkesatuan.

dan kami lebih memahami akan maksud suatu perjuangan, lalu terhasil nya kenyataan berikut:

Akhir Ramadhon 1445H

Sepanjang zaman, pekerja telah berjuang untuk kehidupan yang lebih baik dan berkorban demi satu matlamat. Kesusahan dan kesengsaraan membentuk solidariti di kalangan mereka dan menjadi kuasa bagi mengimbangi keserakahan pemodal. 

Kegelisahan demi kegelisahan hingga hari ini kesenangan telah dirasai, berjuang dengan kesenangan tanpa kesakitan, lalu selesa mendasari kehidupan.

Semoga 100 tahun ke depan, pekerja tidak merasa selesa kerana pastinya cabaran akan tetap datang kerana 'class struggle' akan selalu ada.

Perjuangan tanpa pengorbanan adalah gurauan, 
dan berkorban tanpa perjuangan adalah permainan,
oleh itu, saat engkau sedang berjuang, maka lakukanlah pengorbanan,
dan saat engkau siap berkorban, lakukanlah dengan perjuangan.

MARI MEMBACA:

Sila klik : ENHANCING TRADE UNION LEADERSHIP: LESSON FROM THE PAST-EXPERIENCE

Aku jadi terkejut.

Isnin, 18 Mac 2024

FeLo@C4D Unit

 Selepas berbulan-bulan menyertai ToT iaitu tepatnya pada 28-29 November 2023, kini tiba masanya untuk melangkah ke depan. Terima kasih atas perlantikan sebagai sebahagian dari Felo bagi Unit Communication for Development suatu kerjasama antara UNICEF dan UMS.

2024-2025

Bersama yang lain, akan berusaha untuk belajar dan menyumbangkan sesuatu.

Lagi berita dan gambar : https://www.facebook.com/photo/?fbid=959947112544803&set=pcb.959947639211417