Sabtu, 6 April 2024

STRuGGLe - JuaNG

Setahun hampir berlalu setelah bersetuju untuk berkolaborasi sebagai satu usaha menyokong perjuangan kesatuan sekerja di Malaysia. Fasa demi fasa telah berlalu dan akhirnya akan berhasil merakamkan kisah perjuangan sekumpulan pekerja dalam berkesatuan.

dan kami lebih memahami akan maksud suatu perjuangan, lalu terhasil nya kenyataan berikut:

Akhir Ramadhon 1445H

Sepanjang zaman, pekerja telah berjuang untuk kehidupan yang lebih baik dan berkorban demi satu matlamat. Kesusahan dan kesengsaraan membentuk solidariti di kalangan mereka dan menjadi kuasa bagi mengimbangi keserakahan pemodal. 

Kegelisahan demi kegelisahan hingga hari ini kesenangan telah dirasai, berjuang dengan kesenangan tanpa kesakitan, lalu selesa mendasari kehidupan.

Semoga 100 tahun ke depan, pekerja tidak merasa selesa kerana pastinya cabaran akan tetap datang kerana 'class struggle' akan selalu ada.

Perjuangan tanpa pengorbanan adalah gurauan, 
dan berkorban tanpa perjuangan adalah permainan,
oleh itu, saat engkau sedang berjuang, maka lakukanlah pengorbanan,
dan saat engkau siap berkorban, lakukanlah dengan perjuangan.

MARI MEMBACA:

Sila klik : ENHANCING TRADE UNION LEADERSHIP: LESSON FROM THE PAST-EXPERIENCE

Aku jadi terkejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan