Khamis, 12 Januari 2017

Akademik atau Ilmuan (Intelektual)?

Siapakah mereka ini dan apakah hubungannya dengan masyarakat?

Makna Tersurat?

Berdasarkan Kamus DBP Ilmuan adalah sinonim dengan kata berikut:
Ilmiahwan, Cendekiawan, cerdik pandai, bijak pandai, sarjana, pakar,
ahli, ulama, hukamak, intelektual

Makna Mendalam?

Berdasarkan analisis oleh TM Sulaiman (2009) dalam  Mentari Merah:

"Daripada beberapa pengertian di atas, terlihat bahawa intelektual berbeza dengan intelegensia.
Pada umumnya intelegensia dirumuskan sebagai orang terpelajar, khususnya graduan universiti.

Intelektual boleh jadi bukan lulusan universiti dan mungkin saja berkelulusan sekolah rendah
 tetapi mampu mengembangkan pemikirannya.

Mereka mampu berfikir bebas, mencakupi pengamatan yang cermat terhadap gejala-gejala
di suatu lingkungan, pemahaman tentang sebab gejala itu dan korelasinya dengan gejala lain. 
Pada akhirnya ia merumuskan suatu kesimpulan yang dapat dikomunikasikan kepada 
masyarakat dalam bahasa yang jelas (KOSMO 15 Mei 2009). 
----------------
 
Andai begitulah maknanya, jadi harus ke manakah tumpuan ahli Akademik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan