Khamis, 6 Mei 2021

HaRi PeKeRJa 2021

 Terus menikmati rutin harian dengan norma baharu, bekerja dari rumah dan diselangi beberapa waktu telah kembali bertugas di pejabat.

Tempoh dua minggu, diberikan tiga hari untuk kerja dari rumah dan terasa perbezaannya. Seakan letih dan rasa penuh bila banyak masa di rumah. Dan masih dengan pendekatan atas talian, ramadhan tahun ini datang lagi.

Kembali dengan rutin itu masih memerlukan penyesuaian.

Menyesuaikan dengan Keadaan


Untuk edisi ini, pengenalan adalah tujuannya. kutuliskan:

Kewujudan BULETIN ini telah lama dirancang dengan tujuannya adalah untuk melatih serta menyebarkanluaskan aktiviti pembelajaran secara dalam talian yang telah dilakukan di fakulti ini. 

Penekanan tersebut tidak dapat dielakkan sejak dunia dibataskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penularan wabak covid-19. Sejajar dengan perubahan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengenepikan prinsip dan kualiti pengajaran dan pembelajarn. 

Diharapkan bahan bacaan ini akan menjadi medium penyimpanan dan rekod bagi mengimbangi kewujudan wacana bersifat dalam talian (online).

Terima Kasih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan