Rabu, 25 Januari 2023

CNY 2023

 Cuti yang panjang di hujung minggu..

Hujan

Semoga terus berkarya dan berinspirasi


Selasa, 17 Januari 2023

2022 BeRLaLu

 Setahun yang dikatakan sebagai tahun peralihan, tahun 2022 membawa bersamanya pelbagai kenangan, suka-duka, pahit-manis, sedih-gembira. Semuanya selepas hampir 2 tahun berada dalam fenomena PANDEMIK COVID-19. Sepanjang tempoh itulah juga kami melakukan penyesuaian di sini dan hasilnya pelbagai rasa dapat dirasakan.

Sederhan itu Indah

Bersama sebahagian dari semuanya...katanya ini adalah hasil kejayaan bersama dan malam itu juga semua pulang dengan hadiah masing-masing dan kupunya no.10


Khamis, 12 Januari 2023

RaBu di SiNi

 Hari rabu, hari yang sibuk dengan aktiviti bukan pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya ia dicadangkan untuk aktiviti tambahan seperti mesyuarat, seminar, kemahasiswaan dan lain-lain. Dengan itu, sepatutnya aktiviti di bilik kuliah adalah terhad dan aktiviti lebih kepada PSIKOMOTOR. 

Maka, kami semua diajak menuju Puncak UMS.

Sedikit dari banyak


Jom!


Jumaat, 6 Januari 2023

MiNGGu PeRTaMa 2023

 Sesuatu yang berlainan kurasakan kesan berkali-kali cuti umum telah jatuh pada hari ahad yang menyebabkan cuti ganti pada hari Isnin. Maksudnya, hari bekerja hanyalah 4 hari sahaja dan tanpa selalu sedar masa berlalu dengan pantas. Tambahan pula, kegiatan di dewan kuliah perlu dibataskan dengan konsep hybrid.

Jom Kayuh

Selamat datang tahun baru 2023




Ahad, 1 Januari 2023

TaHuN BaRu 2023

 Setahun berlalu lagi dengan rasa dan cerita yang tersendiri. Manusia dengan hidupnya ke sana ke sini untuk memenuhi tuntutan kehidupan, masing-masing dengan ceritanya sendiri. Namun pastinya akan ada persamaan antara satu sama lain, itulah caranya memahami kehidupan ini kerana pastinya semua menuju ke arah yang sama.

Bermula dengan bangun pagi, kemudian tengahari, kemudian petang, kemudian malam dan akhirnya pagi muncul semula. Kitaran itu menjadikan manusia berkembang, bermula di perut ibu kemudian lahir, kemudian bayi membesar menjadi kanak-kanak, menjadi remaja, menjadi belia, menjadi tua dan kemudian mencapai pengakhiran.

Dalam kitaran itulah, wujudnya pelbagai sistem dalam kehidupan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan adakalanya sukar untuk dimengerti.

Cerah Mentari di Pagi hari

Alhamdulillah, fasa andemik semakin terasa namun sesetengah negara berlainan ceritanya, lalu ucapan diberikan lagi.