Setahun berlalu lagi dengan rasa dan cerita yang tersendiri. Manusia dengan hidupnya ke sana ke sini untuk memenuhi tuntutan kehidupan, masing-masing dengan ceritanya sendiri. Namun pastinya akan ada persamaan antara satu sama lain, itulah caranya memahami kehidupan ini kerana pastinya semua menuju ke arah yang sama.
Bermula dengan bangun pagi, kemudian tengahari, kemudian petang, kemudian malam dan akhirnya pagi muncul semula. Kitaran itu menjadikan manusia berkembang, bermula di perut ibu kemudian lahir, kemudian bayi membesar menjadi kanak-kanak, menjadi remaja, menjadi belia, menjadi tua dan kemudian mencapai pengakhiran.
Dalam kitaran itulah, wujudnya pelbagai sistem dalam kehidupan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan adakalanya sukar untuk dimengerti.
Cerah Mentari di Pagi hari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan