Isnin, 11 Disember 2023

MaKaN MaLaM FaKuLTi

 Hujung tahun datang lagi dan kali ini di minggu pertama Disember, majlis makan malam datang lagi , tepatnya pada 7 Disember 2023. Dengan tradisi makanan, persembahan dan penghargaan dan tentunya cabutan bertuah. Telah kucadangkan untuk menjemput artis lokal untuk menghibur, namun masalah kewangan selalu membatasi maka hiburan datang dengan adanya pertandingan karaoke.

Food@Hilton KK

Majlis bermula seawal 7.30 malam dan berlanjutan hingga ke 11.30 malam dengan penyampaian penghargaan, cabutan bertuah dan aktiviti nyanyian. Aktiviti ini termasuklah penghargaan kepada para mahasiswa yang mendapat keputusan sebagai Kelas Pertama. 

dan di malam itu, kesemua pulang dengan senyuman.
Daripada 70 lebih keseluruhan kakitangan

Akhirnya, cabutan bertuah memberikan sesuatu pada diri ini iaitu cabutan hadiah ke-3

Cabutan Ke-3 terakhir

Semoga makanan, kenangan dan penghargaan dihujung tahun terus memacu kerja keras dan usaha untuk terus Bertekad Cemerlang bagi melonjak UMS ke arah yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan