Ahad, 21 April 2024

SYaWaL aPRiL

 Meski sibuk dengan raya, petang hari masih berkesempatan untuk mengeluarkan peluh.

Semakin hangat

terkadang ramai dan terkadang kurang ramai, apa pun keadaan teruskan memukul.


Isnin, 15 April 2024

Do iT

 Perubahan akan mungkin berlaku bila manusia melakukan TINDAKAN (ACTION). Sebelum bertindak, manusia pada umumnya akan memasang NIAT untuk melakukan sesuatu tindakan dan adakalanya niat ini akan terzahir melalui HEBAHAN yang biasanya akan dilakukan melalui SUARA. Sehubungan dengan itu, untuk melihat suatu perubahan ketiga-tiga peringkat ini penting.

Road to Sea

Namun sejak meledaknya zaman SOSMED (media sosial) ini, kelihatan banyak idea dan suara hanya tinggal menjadi tatapan kerana manusia telah LUPA untuk melakukan TINDAKAN.


Sabtu, 13 April 2024

SYaWaL 1445H

 Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat yang diberikan olehNya. Sebulan berpuasa dengan kiraan 29 akhirnya ramadhon berakhir dan Syawal menjelma. Lalu sambutan dengan sederhana bersama keluarga tanpa teman-teman.

@Masjid UMS

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
minal aidil wal faizin.
Maaf zahir dan batin

Sabtu, 6 April 2024

STRuGGLe - JuaNG

Setahun hampir berlalu setelah bersetuju untuk berkolaborasi sebagai satu usaha menyokong perjuangan kesatuan sekerja di Malaysia. Fasa demi fasa telah berlalu dan akhirnya akan berhasil merakamkan kisah perjuangan sekumpulan pekerja dalam berkesatuan.

dan kami lebih memahami akan maksud suatu perjuangan, lalu terhasil nya kenyataan berikut:

Akhir Ramadhon 1445H

Sepanjang zaman, pekerja telah berjuang untuk kehidupan yang lebih baik dan berkorban demi satu matlamat. Kesusahan dan kesengsaraan membentuk solidariti di kalangan mereka dan menjadi kuasa bagi mengimbangi keserakahan pemodal. 

Kegelisahan demi kegelisahan hingga hari ini kesenangan telah dirasai, berjuang dengan kesenangan tanpa kesakitan, lalu selesa mendasari kehidupan.

Semoga 100 tahun ke depan, pekerja tidak merasa selesa kerana pastinya cabaran akan tetap datang kerana 'class struggle' akan selalu ada.

Perjuangan tanpa pengorbanan adalah gurauan, 
dan berkorban tanpa perjuangan adalah permainan,
oleh itu, saat engkau sedang berjuang, maka lakukanlah pengorbanan,
dan saat engkau siap berkorban, lakukanlah dengan perjuangan.

MARI MEMBACA:

Sila klik : ENHANCING TRADE UNION LEADERSHIP: LESSON FROM THE PAST-EXPERIENCE

Aku jadi terkejut.