Jumaat, 5 Mac 2021

TiGaBeLaS TaHuN

Bermulanya kerjaya di sini 13 tahun yang sudah. Waktu itu, tahun menunjukkan kiraan dua ribu tujuh. Aku akui ini semua adalah takdir, tidak pernah terancang atau merancang untuk menjadikan diri ini sebagai ahli akademik. Namun, itulah kenyataan yang berlaku, satu demi satu pekerjaan telah kulalui bermula selepas STPM, kujejakkan kaki dalam dunia pekerjaan sebagai 'pemandu syarikat' merangkap 'pekerja am' bagi salah sebuah pasaraya yang terkenal di Sandakan pada tahun 1996. 

oktober 2020


Ramai yang biasa singgah di Shop and Save kerana lokasinya yang strategik iaitu berhampiran dengan Dewan Masyarakat, Pejabat Pos dan Perpustakaan Awam. Pada malam hari pula, ianya bersebelahan dengan tapak pasar malam. Walau hanya beberapa bulan, namun aku berjaya merasai keindahan seorang pekerja operasi dengan upah harian yang aku pun tidak berapa ingat, tanpa ada bantuan makanan.

Apa yang indah sebagai pemandu dan pekerja am?

Akan kuceritakan secara ringkas rutin harianku. Pertama, tugas sebagai pemandu van ialah untuk memastikan bekalan barang sentiasa mencukupi agar rak-rak di kedai tidak kosong. Untuk itu, setiap pagi, kami akan pergi ke gudang untuk mengambil stok yang diperlukan. Ini termasuklah barangan sejuk beku dan semua akan dilakukan dengan tulang empat kerat dan bantuan troli. ada barang yang ringan dan banyak barang yang berat.

Setelah sampai semula ke kedai, barang tersebut perlu dimasukkan dan disusun di tempat yang betul dan dalam banyak keadaan, barang ini perlu dibungkus semula dalam kuantiti yang bersesuaian. Contohnya daging kambing sejuk beku, perlu dipotong mengikut saiz dan dibungkus mengikut berat. Ini semua akan dilakukan dibahagian belakang termasuklah bungkusan untuk beras, sayur-sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. Dalam tempoh inilah aku akan diejek oleh rakan yang lain kerana tidak berapa mampu mengangkat lebih dari 15kg, maklumlah selama ini hanya baca buku.

Aktiviti seterusnya ialah proses menghantar barangan ke cawangan-cawangan lain iaitu Hotel dan pasaraya butik milik syarikat ini. Aku selalu menjejakkan kaki ke Hotel Sanbay dan Dimage...

Hotel Sanbay

Kami akan hantar barang makanan dan beberapa keperluan lain mengikut tempahan yang diberikan.

Sumber: Sepanjang Perjalanan. blogspot
Barang ke Dimage berupa pakaian dan alat solek. Masalah di sini ialah tiada ruang parking yang khusus dan kawasan ini agak sesak. 

Rutin ini akan dilakukan sehinggalah ke petang dan akan berakhir pada pukul 5.30 petang. namun begitu, jika tidak banyak tempahan, aku akan ditugaskan untuk menyusun barang di rak dan adakalanya akan bekerja di kaunter pembayaran. Di sini, aku akan bantu Juruwang untuk memasukkan barang ke dalam beg plastik dan aku masih ingat tentang peraturannya iaitu kena asingkan barang itu ikut jenis: makanan, kosmetik, ubat, racun dan barangan segar. Tujuannya untuk mengelakkan bau sabun terkena dengan makanan yang telah dibeli oleh pelanggan. 

Setelah lebih kurang tiga bulan, aku mula bertukar kerja dan akhirnya menyambung pengajian demi pengajian dan akhirnya 2007 diterima di sini. Dalam tempoh 10 tahun itu, pelbagai jenis pekerjaan yang melibatkan 'pemasaran' atau jualan langsung telah aku ceburi. Antaranya pemasaran alat belajar bahasa Inggeris "Linguphone", menjual "mesin basuh jenama Elektrolux' dan turut menjadi agen jualan bagi "Kad Kredit' jenama Eon Bank. 

Elektrolux

Kredit Kad

Sumber: https://www.linguaphone.com.my/intro.php



Secara ringkas, pekerjaan ini telah mengajar aku untuk 'memaniskan mulut' kerana pemasaran itu adalah tentang 'pembujukan'. Saat yang paling manis ialah saat "CLOSED" bila pelanggan setuju memberikan kad pengenalan mereka tanda setuju untuk menjadi pelanggan. Kawan-kawan akan menjeling sambil tersenyum dan mengucapkan 'closed lagi"!. Ini kulakukan setelah aku menjadi sarjana muda pada tahun 2001.

Sepanjang tempoh itu juga, aku melibatkan diri dengan perniagaan jualan langsung dengan mendaftar diri sebagai agen Amway, barangan berkualiti dengan pelanggan yang tetap. Apa yang menarik ialah 'sistem latihan dan pembangunan' yang melibatkan kumpulan profesional melalui Network 21. Pelbagai sesi percambahan idea dan penghargaan telah aku ikuti dengan semangat "Go Diamond" hingga membawa aku ke Kuala Lumpur. Semuanya dengan sedikit perbelanjaan. Saat inilah aku belajar tentang 'teamwork' dan nilai nilai positif yang lain seperti DREAM BIG dan konsep BOLT AND NUT.
Network21



Semua itu aku tinggalkan bila akhirnya, aku diterima sebagai Pembantu Pengajar di UMS di bawah Skim Sangkutan yang kini lebih dikenali sebagai SL1M. sepanjang 6 bulan kami telah ditempatkan semula di Sekolah Sains Sosial dan menjalankan pelbagai kegiatan di sini hingga akhirnya aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UKM pada tahun 2002 dan berjaya pada tahun 2004. Namun begitu, aku perlu untuk menunggu selama beberapa tahun dan telah kembali ke kampung halaman dan memegang jawatan Pekerja Ladang.

Bekerja di Ladang kelapa sawit ini, aku telah menjadi penuai sawit dan beberapa kerja lain. Di situ, aku belajar apa dia konsep 3D, dirty, difficult dan dangerous: kotor, susah dan bahaya. Semuanya tentang keringat dan kesabaran dengan sedikit pendapatan bulanan. Dengan itulah akhirnya, aku berjaya sampai ke sini pada hari ini pada tiga belas tahun yang lepas.

Berdasarkan sedikit pengalaman ini, aku dapat mamahami maksud tersirat di sebalik 'keringat dan sabar' dalam dunia pekerjaan. Kerja itu akan memberi makna yang berbeza kepada pekerja dan yang pasti, banyak masa dan tenaga manusia telah berikan untuk pekerjaan ini sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan permasalahan. Dan kerana pekerjaan ini juga, membawa aku untuk menilai PERGADUHAN yang berlaku hasil pelbagai JENIS KONFLIK ATAU PERTIKAIAN dalam dunia pekerjaan.


Rabu, 3 Mac 2021

LRT-MRT@ KK

 Soon or later, Kota Kinabalu highly need to start forward to enhance Sabah Railways to provide MRT or LRT. We start early back to 1896 after Malaya in 1885.

source: Utusan Borneo, 21/3/2017

 





“Perancangan untuk menyediakan rel kereta api ke Kudat (utara) dan Sandakan (timur) sudah dalam perancangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan JKNS yang disampaikan Pengurus Besar Melvin V. Majanga, di sini semalam."

and after few years....the idea of LRT come to proposed:

source: vacazzee.wordpress.com/2019/08/27

one day....the idea become reality
source:https://vacazzee.wordpress.com/2019/08/27

more than that, planning already ahead until 2050?
source:http://naqibrailway.blogspot.com/

it's good to start the idea and it's always gap between IDEA AND REALITY.

Let's do it....




Isnin, 1 Mac 2021

KeMBaLi RuTiN

 Rutin masyarakat moden iaitu datang ke tempat kerja untuk menyempurnakan proses pengeluaran barang dan penyediaan perkhidmatan. Kedua-dua pengeluaran ini telah menghasilkan output yang akhirnya telah memberikan pendapatan kepada pekerja, majikan dan pemerintah.

stesen kerja

Jumlah pengeluaran selalu disebut sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semakin tinggi pengeluaran semakin tinggi kemakmuran ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan turut mempengaruhi kesejahteraan rohani. 

Ke arah memahami konsep "Kerja itu Ibadah".


Khamis, 25 Februari 2021

iLMu DaN iLMuaN

 Memahami susurgalurnya dalam konteks pembinaan ilmu dan hubungannya dengan manusia yang membawa ilmu itu yang dikatakan sebagai ilmuan. Ini semua dalam kaitan mencari sumber untuk membangun SEBATIK sebagai konsep dalam perkembangan ilmu itu.

dan dalam pencarian itu telah ditemui dengan 'kisah pembinaan bangsa berdasarkan "colonial Knowledge and the construction of Malay and Malayness" oleh Prof Ulung Dr. Shamsul A.B. Satu demi satu analisis ditemui hingga ditemukan dengan hasil temubual berkaitan "Imaginasi Sosiologi'. Mari baca dan dengar:

Memahami Masyarakat menerusi Imaginasi Sosiologi: Wawancara bersama Shamsul Amri Baharuddin

BY NARATIF MALAYSIA on 29TH SEPTEMBER 2020

dan secara video:


dan dengan itu, ditemukan dengan halaman Naratif Malaysia.
Terkandung di situ pelbagai bentuk tulisan dan perbincangan berkaitan ilmu sains sosial yang diangkat oleh Ilmuwan. Wujudnya bermula Mac 2019, namun hanya selepas hampir 2 tahun, wujudnya baru disedari. Apakah yang tersirat dari fenomena ini. Dipaparkan di ruangan perihal:

Naratif Malaysia (NM) is an effort by a few scholar-activists to provide platform for intellectual engagement between academia community and public as well as other relevant stakeholders in Malaysia. Our core body of works is under the rubric of nation building/formation through intellectual discourse, public advocacy and social empowerment.

When testing a product/concept, NM would prefer qualitative research considering our experience and expertise. While there are a number of methodologies that NM can employ to capture the nuanced responses of target audience respondents, round table discussions (RTDs), focus groups discussions (FGDs) and in-depth interviews (IDIs) are our three of the more common ones.

Mungkin di sini pintu terbuka.



Isnin, 22 Februari 2021

'TaSK TRaP'

 Lately trying smoothly to coordinate my priority for improving and more satisfying working environment. After arranged and rearranged the priorities, it's look not going anywhere, especially to do a 'writing' task. I'm always telling others about 'it's easy to start something but not complete it'. For that, start to looking for some advised..

David Allen, Get Thing Done
source: http://www.justinkownacki.com/how-to-plan-your-workday-to-build-momentum/

hope something changed and more meaningful work can be progress..
some of priorities
writing book more than 2
research project more than 4
paper for conference more than 3
course to handle more than 2

what are the meaning of 'more than'?
may be followed the weekly progress..















source: DailyStar


Khamis, 18 Februari 2021

WaKTu SeNGGaNG

Berakhir sudah semester lama 
semester baru bakal menjelma
beberapa minggu jarak keduanya 
sedikit masa senggang menyapa

dan dikala PKP mula berubah PKPB
perasaan ini bercampur baur 
bila pelbagai rasa datang 
satu demi satu









menyentuh hati 
mengusik jiwa
moga terus
melangkah maju..

'learn to learning' 

Bertekad Cemerlang

Rabu, 27 Januari 2021

Re-THiNKiNG oF WaWaSaN 2020

 Pada akhir 2020, kuceritakan perihal wawasan ini...dan di penghujung Januari awal tahun ni, berkesempatan untuk hadir mendengar..







Merasa teruja dan bertuah dapat mendengar perbicaraan oleh para pemikir utama berkaitan sosioekonomi dan pembangunan Malaysia. Setiap pembicara hadir dengan tafsiran masing-masing berkaitan fenomena wawasan 2020..

nanti kujelaskan

mari saksikan..KLIK SINI