Khamis, 24 Ogos 2017

Universiti?

Universiti fokusnya adalah 'ilmu pengetahuan'. Oleh itu,
sewajarnya kegiatan keilmuan haruslah dititikberatkan.

Ilmu itu dikembangkan dengan penyelidikan dan penerokaan
pelbagai perkara berdasarkan teori-teori sedia ada.

Dengan itu, diwujudkan tahap perbezaan 'sarjana muda', 'sarjana' dan
'doktor falsafah'.

Matlamat ini membolehkan manusia-manusia yang berkelayakan selepas
sekolah menengah untuk sama-sama memajukan ilmu tersebut tanpa
memikirkan keperlbagaian sifat kemanusiaan untuk mendapatkan
ijazah.

Sepanjang penglibatan dalam keilmuan maka kepelbagaian tersebut akan
saling melengkapi ada yang periang, ada yang pemalu, ada yang nakal, ada
yang memimpin dan banyak lagi.

dan ini bukanlah semata-mata dalam kursus yang formal sahaja tetapi
kehidupan seharian; di dalam dan di luar kampus berdasarkan pilihan
individu.

Kesimpulannya, universiti istimewa kerana ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan