Jumaat, 11 Ogos 2017

Makanan d'Ceruk?

10 hari yang sudah (1 ogos 2017)
suatu peristiwa telah berlaku.

ceritanya begini

Kami sepakat menjemput anda
untuk hadir jiwa dan raga
jamuan silaturrahim diberi nama
makanan dan kepelbagaian menjadi tema.


Makanan dihidang pelbagai rasa
minuman pula kurang perasa
ada ayam, daging dan burasa'
dimakan bersama rasa gembira

Bacaan Yassin pembuka acara
doa selamat turut dipinta
tua dan muda pun turut serta
bersama menyatu di alam maya

Seawal pagi tetamu pun tiba
dengan wajah penuh ceria
duduk bersimpuh penuh seloka
dengan pakaian cukup bergaya


Pagi ke petang semua ada
datang dan pergi selagi ada
maaf dan kasih kami meminta
tahun depan semoga ada.

d'Ceruk Pemikir :
Din,Pie,Ramli,Dir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan