Isnin, 1 Januari 2018

2018 yaNG BaHaRu?

Gembira
syukur
nikmat masih terasa
meski suka bersilih duka

Januari hingga Disember
ke sana sini
mencari sesuatu
mencari rentak
mencari ilham
siang dan malam
terus berlalu

dan kini
saatnya tiba
untuk baharu kesekian kalinya
baharu itu apa
baharu itu bila
dan baharu apa rupanya

baharu itu unik
baharu itu pelbagai
baharu itu baharu

selamat tahun baharu
dua ribu lapan belas.

2 ulasan: