Sabtu, 24 April 2021

MaKLuMaT

 Merasa keliru dengan aliran sesuatu maklumat terutamanya dalam 'kumpulan media sosial'.

Maklumat telah diberikan dalam kumpulan yang lain, namun masih ditanyakan dalam kumpulan yang berbeza. 

Lalu muncul beberapa persoalan.

  1. Sejauhmanakah maklumat yang dikongsi telah diakses oleh penerima maklumat?
  2. Adakah konteks atau latar kumpulan mempengaruhi cara ahli kumpulan bertindak?

Namun, itulah hakikatnya, pertanyaan yang sama terhadap maklumat yang sama dalam kumpulan yang berbeza

Isnin, 19 April 2021

KoNSeP uNiVeRSiTi

 memahami proses penginstitusian universiti menerusi konsepnya hasil bacaan

Konsep Universiti dan Aplikasinya di Malaysia  oleh Nordin Kardi (2011).

Dalam pengenalan, penulis memulakan:

Universiti pada zaman awal sejarahnya tidak mempunyai kampus seperti sekarang dengan pengajian boleh berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di rumah, di tempat ibadat dan di tempat-tempat lain. Universiti bukan berasal daripada kelompok ruang fizikal bangunan atau kompleks, sebaliknya ia merupakan himpunan individu yang mengerjakan aktiviti keilmuan untuk tujuan tertentu yang dipanggil CorporationDalam perkaitan ini, perlembagaan Universiti Malaya yang awal dan perkembangan universiti yang terkemudian ada menyebut perkataan body corporate bagi menerangkan maksud sesebuah universiti di dalam perlembagaan masing-masing. Oleh itu di Malaysia konsep universiti sebagai sebuah body corporate telah wujud dari awal penubuhan universiti pertamanya lagi."


Perubahan demi perubahan telah berlaku dan membawa pelbagai cabaran. Hingga sampai satu tahap berlakunya penyusunan. mari saksikan


learning should be inspirational


Ahad, 4 April 2021

MeRaSa SeNaNG DeNGaN PeKeRJaaN

 Semakin hari perasaan terhadap kerja yang dilakukan semakin berubah kesan perubahan yang pelbagai.

Lalu terbaca akan buku " The Joy of Work" dengan pelbagai strategi bagi mengembalikan semula keseronokan dalam pekerjaan.

Untuk seronok perlukan kegembiraan dan persekitaran yang bahagia. Namun, kesan bebanan yang kian bertambah menyebabkan kehilangan fokus.

Mari dengarkan dari Bruce Daisley (2019)


satu petikan dari buku tersebut:

"The evidence suggests that the capacity to change and improve things rests with us. Most of us aren't the boss in out workplace. Even if we manage a few people, a lot of decisions about how things work round here are made by senior leader. But that doesn't prevent us from having an impact on the we feel, how our immediate team interacts. This book is for everyone in that situation. Whether you only manage yourself, or whether you only opportunity for reforms to suggest that the team all watch a TED Talk together about ways to improve things, you can make a difference to you own life and that of those around you" (p.11)

Mari Membaca





Jumaat, 2 April 2021

MeSYuaRaT FaKuLTi 1 2021

Tradisi diteruskan dengan pimpinan baru di pelbagai jenis perjawatan.

Pelbagai isu dibincangkan sejajar dengan situasi dan keadaan semasa yang masih dalam PKP

17 Mach 2021

Turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pencapaian kakitangan yang telah berkhidmat selamat 25, 20 dan 10 tahun. Di samping itu, penghargaan turut diberikan kepada penerima APC bagi tahun 2019.

"Bertekad Cemerlang"



Jumaat, 5 Mac 2021

TiGaBeLaS TaHuN

Bermulanya kerjaya di sini 13 tahun yang sudah. Waktu itu, tahun menunjukkan kiraan dua ribu tujuh. Aku akui ini semua adalah takdir, tidak pernah terancang atau merancang untuk menjadikan diri ini sebagai ahli akademik. Namun, itulah kenyataan yang berlaku, satu demi satu pekerjaan telah kulalui bermula selepas STPM, kujejakkan kaki dalam dunia pekerjaan sebagai 'pemandu syarikat' merangkap 'pekerja am' bagi salah sebuah pasaraya yang terkenal di Sandakan pada tahun 1996. 

oktober 2020


Ramai yang biasa singgah di Shop and Save kerana lokasinya yang strategik iaitu berhampiran dengan Dewan Masyarakat, Pejabat Pos dan Perpustakaan Awam. Pada malam hari pula, ianya bersebelahan dengan tapak pasar malam. Walau hanya beberapa bulan, namun aku berjaya merasai keindahan seorang pekerja operasi dengan upah harian yang aku pun tidak berapa ingat, tanpa ada bantuan makanan.

Apa yang indah sebagai pemandu dan pekerja am?

Akan kuceritakan secara ringkas rutin harianku. Pertama, tugas sebagai pemandu van ialah untuk memastikan bekalan barang sentiasa mencukupi agar rak-rak di kedai tidak kosong. Untuk itu, setiap pagi, kami akan pergi ke gudang untuk mengambil stok yang diperlukan. Ini termasuklah barangan sejuk beku dan semua akan dilakukan dengan tulang empat kerat dan bantuan troli. ada barang yang ringan dan banyak barang yang berat.

Setelah sampai semula ke kedai, barang tersebut perlu dimasukkan dan disusun di tempat yang betul dan dalam banyak keadaan, barang ini perlu dibungkus semula dalam kuantiti yang bersesuaian. Contohnya daging kambing sejuk beku, perlu dipotong mengikut saiz dan dibungkus mengikut berat. Ini semua akan dilakukan dibahagian belakang termasuklah bungkusan untuk beras, sayur-sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. Dalam tempoh inilah aku akan diejek oleh rakan yang lain kerana tidak berapa mampu mengangkat lebih dari 15kg, maklumlah selama ini hanya baca buku.

Aktiviti seterusnya ialah proses menghantar barangan ke cawangan-cawangan lain iaitu Hotel dan pasaraya butik milik syarikat ini. Aku selalu menjejakkan kaki ke Hotel Sanbay dan Dimage...

Hotel Sanbay

Kami akan hantar barang makanan dan beberapa keperluan lain mengikut tempahan yang diberikan.

Sumber: Sepanjang Perjalanan. blogspot
Barang ke Dimage berupa pakaian dan alat solek. Masalah di sini ialah tiada ruang parking yang khusus dan kawasan ini agak sesak. 

Rutin ini akan dilakukan sehinggalah ke petang dan akan berakhir pada pukul 5.30 petang. namun begitu, jika tidak banyak tempahan, aku akan ditugaskan untuk menyusun barang di rak dan adakalanya akan bekerja di kaunter pembayaran. Di sini, aku akan bantu Juruwang untuk memasukkan barang ke dalam beg plastik dan aku masih ingat tentang peraturannya iaitu kena asingkan barang itu ikut jenis: makanan, kosmetik, ubat, racun dan barangan segar. Tujuannya untuk mengelakkan bau sabun terkena dengan makanan yang telah dibeli oleh pelanggan. 

Setelah lebih kurang tiga bulan, aku mula bertukar kerja dan akhirnya menyambung pengajian demi pengajian dan akhirnya 2007 diterima di sini. Dalam tempoh 10 tahun itu, pelbagai jenis pekerjaan yang melibatkan 'pemasaran' atau jualan langsung telah aku ceburi. Antaranya pemasaran alat belajar bahasa Inggeris "Linguphone", menjual "mesin basuh jenama Elektrolux' dan turut menjadi agen jualan bagi "Kad Kredit' jenama Eon Bank. 

Elektrolux

Kredit Kad

Sumber: https://www.linguaphone.com.my/intro.php



Secara ringkas, pekerjaan ini telah mengajar aku untuk 'memaniskan mulut' kerana pemasaran itu adalah tentang 'pembujukan'. Saat yang paling manis ialah saat "CLOSED" bila pelanggan setuju memberikan kad pengenalan mereka tanda setuju untuk menjadi pelanggan. Kawan-kawan akan menjeling sambil tersenyum dan mengucapkan 'closed lagi"!. Ini kulakukan setelah aku menjadi sarjana muda pada tahun 2001.

Sepanjang tempoh itu juga, aku melibatkan diri dengan perniagaan jualan langsung dengan mendaftar diri sebagai agen Amway, barangan berkualiti dengan pelanggan yang tetap. Apa yang menarik ialah 'sistem latihan dan pembangunan' yang melibatkan kumpulan profesional melalui Network 21. Pelbagai sesi percambahan idea dan penghargaan telah aku ikuti dengan semangat "Go Diamond" hingga membawa aku ke Kuala Lumpur. Semuanya dengan sedikit perbelanjaan. Saat inilah aku belajar tentang 'teamwork' dan nilai nilai positif yang lain seperti DREAM BIG dan konsep BOLT AND NUT.
Network21



Semua itu aku tinggalkan bila akhirnya, aku diterima sebagai Pembantu Pengajar di UMS di bawah Skim Sangkutan yang kini lebih dikenali sebagai SL1M. sepanjang 6 bulan kami telah ditempatkan semula di Sekolah Sains Sosial dan menjalankan pelbagai kegiatan di sini hingga akhirnya aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UKM pada tahun 2002 dan berjaya pada tahun 2004. Namun begitu, aku perlu untuk menunggu selama beberapa tahun dan telah kembali ke kampung halaman dan memegang jawatan Pekerja Ladang.

Bekerja di Ladang kelapa sawit ini, aku telah menjadi penuai sawit dan beberapa kerja lain. Di situ, aku belajar apa dia konsep 3D, dirty, difficult dan dangerous: kotor, susah dan bahaya. Semuanya tentang keringat dan kesabaran dengan sedikit pendapatan bulanan. Dengan itulah akhirnya, aku berjaya sampai ke sini pada hari ini pada tiga belas tahun yang lepas.

Berdasarkan sedikit pengalaman ini, aku dapat mamahami maksud tersirat di sebalik 'keringat dan sabar' dalam dunia pekerjaan. Kerja itu akan memberi makna yang berbeza kepada pekerja dan yang pasti, banyak masa dan tenaga manusia telah berikan untuk pekerjaan ini sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan permasalahan. Dan kerana pekerjaan ini juga, membawa aku untuk menilai PERGADUHAN yang berlaku hasil pelbagai JENIS KONFLIK ATAU PERTIKAIAN dalam dunia pekerjaan.


Rabu, 3 Mac 2021

LRT-MRT@ KK

 Soon or later, Kota Kinabalu highly need to start forward to enhance Sabah Railways to provide MRT or LRT. We start early back to 1896 after Malaya in 1885.

source: Utusan Borneo, 21/3/2017

 





“Perancangan untuk menyediakan rel kereta api ke Kudat (utara) dan Sandakan (timur) sudah dalam perancangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan JKNS yang disampaikan Pengurus Besar Melvin V. Majanga, di sini semalam."

and after few years....the idea of LRT come to proposed:

source: vacazzee.wordpress.com/2019/08/27

one day....the idea become reality
source:https://vacazzee.wordpress.com/2019/08/27

more than that, planning already ahead until 2050?
source:http://naqibrailway.blogspot.com/

it's good to start the idea and it's always gap between IDEA AND REALITY.

Let's do it....




Isnin, 1 Mac 2021

KeMBaLi RuTiN

 Rutin masyarakat moden iaitu datang ke tempat kerja untuk menyempurnakan proses pengeluaran barang dan penyediaan perkhidmatan. Kedua-dua pengeluaran ini telah menghasilkan output yang akhirnya telah memberikan pendapatan kepada pekerja, majikan dan pemerintah.

stesen kerja

Jumlah pengeluaran selalu disebut sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semakin tinggi pengeluaran semakin tinggi kemakmuran ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan turut mempengaruhi kesejahteraan rohani. 

Ke arah memahami konsep "Kerja itu Ibadah".