Ahad, 23 Mei 2021

DiFFeReNCeS

 Since we need to living together, the differences need to understand carefully in term to create a realistic practicing purposed. 

This kind of analysis already create a huge impact since two of major book had been written here -The Myth Of Lazy (1977) and by others (Orientalism, 1978) 

along that, more and more discussion produce to rethinking about ours and others.

Mitos Melayu Malas


and also from the authors Edward Said


Note:

By understand others are we understand ourselves?

read here: The Myth of Lazy Native and Orientalism

Sabtu, 15 Mei 2021

LeBaRaN KiNi

 Sebulan berpuasa

dalam suasana PKP
dan kini syawal tiba lagi
mseki PKP memasuki fasa ke-3
FSSK UMS

Semoga lebaran membawa rahmat
Untuk kita terus berkhidmat
Dengan hati yang penuh semangat
Agar hidup lebih berkhemat

Sabtu, 8 Mei 2021

RaMaDHon 1442

 Buat kali kedua menempuh ramadhan dalam suasana  pandemik dan sekatan telah dilakukan untuk tidak datang ke pejabat. Dengan itu, pekerjaan pun berpindah ke rumah. Penyesuaian yang telah dilakukan sebelum ini masih belum mencukupi untuk menguatkan diri seperti persekitaran pejabat.

Apa pun situasinya, urusan atas talian tetap berjalan dengan jadual yang sama iaitu Isnin dan Khamis jam 2 petang, dan sejak itu kini semester telah memasuki minggu kelapan dengan kuliah dan tugasan.

25 Ramadhan
dan dalam keadaan itu telah sempat menulis beberapa artikel dan menghasilkan sesuatu.

Ramadhon akan berakhir dan PKP diperketatkan akan bermula 10 Mei ini.

Selamat mencari malam al-Qadar.


Khamis, 6 Mei 2021

HaRi PeKeRJa 2021

 Terus menikmati rutin harian dengan norma baharu, bekerja dari rumah dan diselangi beberapa waktu telah kembali bertugas di pejabat.

Tempoh dua minggu, diberikan tiga hari untuk kerja dari rumah dan terasa perbezaannya. Seakan letih dan rasa penuh bila banyak masa di rumah. Dan masih dengan pendekatan atas talian, ramadhan tahun ini datang lagi.

Kembali dengan rutin itu masih memerlukan penyesuaian.

Menyesuaikan dengan Keadaan


Untuk edisi ini, pengenalan adalah tujuannya. kutuliskan:

Kewujudan BULETIN ini telah lama dirancang dengan tujuannya adalah untuk melatih serta menyebarkanluaskan aktiviti pembelajaran secara dalam talian yang telah dilakukan di fakulti ini. 

Penekanan tersebut tidak dapat dielakkan sejak dunia dibataskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penularan wabak covid-19. Sejajar dengan perubahan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengenepikan prinsip dan kualiti pengajaran dan pembelajarn. 

Diharapkan bahan bacaan ini akan menjadi medium penyimpanan dan rekod bagi mengimbangi kewujudan wacana bersifat dalam talian (online).

Terima Kasih



Sabtu, 24 April 2021

MaKLuMaT

 Merasa keliru dengan aliran sesuatu maklumat terutamanya dalam 'kumpulan media sosial'.

Maklumat telah diberikan dalam kumpulan yang lain, namun masih ditanyakan dalam kumpulan yang berbeza. 

Lalu muncul beberapa persoalan.

  1. Sejauhmanakah maklumat yang dikongsi telah diakses oleh penerima maklumat?
  2. Adakah konteks atau latar kumpulan mempengaruhi cara ahli kumpulan bertindak?

Namun, itulah hakikatnya, pertanyaan yang sama terhadap maklumat yang sama dalam kumpulan yang berbeza

Isnin, 19 April 2021

KoNSeP uNiVeRSiTi

 memahami proses penginstitusian universiti menerusi konsepnya hasil bacaan

Konsep Universiti dan Aplikasinya di Malaysia  oleh Nordin Kardi (2011).

Dalam pengenalan, penulis memulakan:

Universiti pada zaman awal sejarahnya tidak mempunyai kampus seperti sekarang dengan pengajian boleh berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di rumah, di tempat ibadat dan di tempat-tempat lain. Universiti bukan berasal daripada kelompok ruang fizikal bangunan atau kompleks, sebaliknya ia merupakan himpunan individu yang mengerjakan aktiviti keilmuan untuk tujuan tertentu yang dipanggil CorporationDalam perkaitan ini, perlembagaan Universiti Malaya yang awal dan perkembangan universiti yang terkemudian ada menyebut perkataan body corporate bagi menerangkan maksud sesebuah universiti di dalam perlembagaan masing-masing. Oleh itu di Malaysia konsep universiti sebagai sebuah body corporate telah wujud dari awal penubuhan universiti pertamanya lagi."


Perubahan demi perubahan telah berlaku dan membawa pelbagai cabaran. Hingga sampai satu tahap berlakunya penyusunan. mari saksikan


learning should be inspirational


Ahad, 4 April 2021

MeRaSa SeNaNG DeNGaN PeKeRJaaN

 Semakin hari perasaan terhadap kerja yang dilakukan semakin berubah kesan perubahan yang pelbagai.

Lalu terbaca akan buku " The Joy of Work" dengan pelbagai strategi bagi mengembalikan semula keseronokan dalam pekerjaan.

Untuk seronok perlukan kegembiraan dan persekitaran yang bahagia. Namun, kesan bebanan yang kian bertambah menyebabkan kehilangan fokus.

Mari dengarkan dari Bruce Daisley (2019)


satu petikan dari buku tersebut:

"The evidence suggests that the capacity to change and improve things rests with us. Most of us aren't the boss in out workplace. Even if we manage a few people, a lot of decisions about how things work round here are made by senior leader. But that doesn't prevent us from having an impact on the we feel, how our immediate team interacts. This book is for everyone in that situation. Whether you only manage yourself, or whether you only opportunity for reforms to suggest that the team all watch a TED Talk together about ways to improve things, you can make a difference to you own life and that of those around you" (p.11)

Mari Membaca